Friday, February 12, 2010

DIABETES DAN PENYAKIT KRONIK BUAH PINGGANG


Apakah itu diabetes?

Diabetes mellitus, biasanya dipanggil diabetes, merupakan sejenis penyakit di mana pangkres tidak mampu mengeluarkan insulin yang secukupnya, atau insulin tidak berkesan. Ketidak-seimbangan insulin ini menyebabkan tahap gula dalam darah meningkat, dan kebanyakan perubahan badan yang tidak sihat akan berlaku dalam badan.


Terdapat 2 jenis diabetes utama:


Jenis pertama (juvenile-onset diabetes) biasanya didapati di kalangan orang muda, dan ini berpunca daripada organ pankres tidak dapat mengeluarkan insulin yang secukupnya. Pesakit tersebut memerlukan suntikan insulin.


Jenis kedua (adult-onset diabetes) biasanya didapati di kalangan umur melebihi 40 tahun. Ketidak-seimbangan tahap gula dalam darah biasanya dikawal dengan makanan dan ubat.


Bagaimana diabetes mempengaruhi buah pinggang?


1. Kencing manis mempengaruhi sel-sel darah yang kecil. Kerosakan akan bukan saja menyebabkan buah pinggang, tetapi juga mata, kulit dan jantung.

2. Buah pinggang mempunyai penapis kecil yang dibina oleh sel-sel darah, dan jika ianya mengalami kerosakan, protein akan mengalir dalam urin dan buah pinggang tidak akan menapis darah dengan sempurna. 

3. Pembuangan garam dan air yang berlebihan dalam badan akan dikurangkan, dan toksik akan bertambah dalam darah. Penyakit buah pinggang yang disebabkan oleh diabetes dipanggil "diabetic nephropathy". 

4. Struktur badan dirosakkan oleh diabetes, dipanggil nephropathy, ianya akan mempengaruhi kawalan buangan kencing, menyebabkan kesusahan dalam membuang kencing. 

5. Urin akan berada dalam pundi kencing, dan tekanannya akan merosakkan buah pinggang. Tambahan pula, jika urin berada di pundi kencing dalam jangka masa yang panjang, urin yang mempunyai tahap gula yang tinggi akan mempercepatkan penumbuhan bakteria.

Adakah diabetes mempunyai kesan sampingan?
 

1. Pesakit diabetes boleh menjadikan tekanan darah tinggi. Dalam kalangan remaja, ini biasanya disebabkan oleh kerosakan buah pinggang. 

2. Ia akan mempercepatkan perkembangan atau mengeraskan arteri, ia akan menyebabkan penyakit jantung dan mengurangkan pengaliran darah ke bahagian kaki badan. Mata juga akan dipengaruhi sehingga menjadi buta.

Apakah tanda awalan penyakit buah pinggang di kalangan pesakit kencing manis?


1. Terlalu lebih kandungan protein dalam urin ialah tanda awalan pesakit kencing manis menjangkiti penyakit buah pinggang. 

2. Ianya biasanya berlaku dalam pesakit kencing manis selepas 10 hingga 15 tahun. Jika kekurangan protein dalam badan, kandungan protein dalam darah akan berkurangan. Ini akan menyebabkan kesusahan pembuangan air kencing, dan menyebabkan kaki bengkak.
 
3. Tekanan darah tinggi biasanya merupakan satu process penyakit. Pesakit diabetes patut selalu memeriksa darah, urin dan tekanan darah. 

4. Ini dapat mengawal penyakit ini dengan lebih awal mendapat pengubatan yang sepatutnya.

Apakan tanda lewat penyakit buah pinggang di kalangan pesakit kencing manis?


1. Jika buah pinggang tidak berfungsi (ini dapat dikesan dalam pemeriksaan darah) tanda-tanda yang tidak diketahui akan didapati seperti muntah, rasa letih, rasa lemah, rasa gatal dan anemia. 

2. Kehendakan insulin dalam badan akan bertambah. Jika salah satu tanda didapati, sila rujuk kepada doktor.

Apakah yang boleh dibuat oleh pesakit diabetis untuk mencegah penyakit buah pinggang?


1. Pengawalan diabetes yang baik dapat mengurangkan peratusan untuk mendapat penyakit buah pinggang. Pesakit tekanan darah tinggi juga akan menjangkiti penyakit buah pinggang. 

2. Jika buah pinggang dirosakkan oleh diabetes, tekanan darah tinggi akan memberatkan kerosakan tersebut. Mengekalkan kehidupan yang sihat, selalu bersenam, jangan merokok dan jangan mengambil alkohol, dan mengekalkan pemakanan yang sihat.

Apakah yang boleh dilakukan jika buah pinggang dirosakkan oleh diabetes?


1. Jika sel-sel darah dalam buah pinggang dirosakkan, ia tidak dapat dipulihkan. Pengawalan tekanan darah tinggi merupakan pekara yang terpenting untuk mengawal kerosakan buah pinggang. 

2. Ubat yang mengawal tahap tekanan darah dengan baik dapat mengurangkan jumlah protein yang mengalir ke dalam urin, dan ianya dapat melambatkan proses pesakit diabetis dengan penyakit buah pinggang. 

3. Pengawalan diabetes yang baik dapat melambatkan proses pesakit diabetes dengan penyakit buah pinggang.

Apakah yang akan berlaku jika buah pinggang tidak berfungsi sepenuhnya?

1. Jika fungsi buah pinggang hanya tinggal dengan 10%, maka ianya dipanggil penyakit buah pinggang peringkat terakhir. 

2. Purata masa antara pesakit diabetes dengan penyakit buah pinggang dengan penyakit buah pinggang peringkat terakhir adalah 5 hingga 7 tahun, tetapi ianya berbeza antara satu sama lain. 

3. Untuk pesakit diabetes yang berada dalam keadaan badan yang baik, penyakit buah pinggang peringkat terakhir boleh diubati dengan dialasis atau penukaran buah pinggang.

Bagaimana pesakit diabetes dengan penyakit buah pinggang peringkat terakhir dapat diubati?


1. Cara mengubat penyakit buah pinggang peringkat terakhir termasuk hemodialasis (dengan menggunakan mesin hemodialasis), dialasis perithoni atau penukaran buah pinggang.

2. Pemilihan cara mengubat adalah berdasarkan keadaan badan dan perubatan pesakit, dengan cara hidup dan pemilihan pesakit.
 
3. Ramai pesakit mungkin akan menerima satu daripada ketiga-tiga cara mengubat dalam jangka masa yang berbeza. Cara mengubat yang sesuai dengan seseorang pada masa kini itu tidak semestinya sesuai dengan orang yang sama pada masa yang akan datang.

Bolehkah pesakit diabetes menjalani penukaran buah pinggang?


Ya. Buah pinggang datang dari orang yang sudah mati atau dari orang yang mempunyai bentuk darah yang hampir sama dengan pesakit. Tetapi, pekara yang terpenting adalah tidak mengalami kerosakan dalam organ yang lain. Contonya, otak, mata dan jantung. Jika ianya berlaku, penukaran buah pinggang tidak sesuai.

Perkara yang penting mengenai diabetes dengan buah pinggang
:

1. Kerosakan buah pinggang lebih banyak berlaku dalam jenis satu (juvinile-onset) berbanding dengan jenis kedua (adult-onset).
 
2. Diabetes akan mempengaruhi sel-sel darah dan menjadikan kerosakan buah pinggang selama-lamanya.

3. Permulaan diabetes dengan penyakit buah pinggang boleh dikesan dengan ujian urin. Cara yang paling tepat adalah ujian darah

4. Mengekalakan tahap tekanan darah adalah cara yang paling sesuai untuk mendapat penyakit tersebut.

5. Penyakit buah pinggang peringkat terakhir dapat diubati dengan penukaran buah pinggang, hemodialasis atau dialasis perithoni.

BUAH PINGGANG


BUAH PINGGANG MENAPIS KOTORAN DALAM TUBUH DALAM perubatan Cina, buah pinggang diibaratkan sebagai 'ibu pada segala cecair di dalam badan' dan daripada situ, wujudlah pula 'Yin dan Yang' Manakala perubatan barat pula mengistilahkan fungsi buah pinggang sama seperti Cina cuma ia lebih khusus lagi.

Buah pinggang melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair tubuh kita (proses keseimbangan ini dinamakan hemeostasis). Ia juga membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan di dalam tubuh. Proses ini memastikan darah kita hanya mengandungi campuran garam galian dan air yang cukup serta mengekalkan tahap asid-alkali di dalam cecair tubuh. Dengan berfungsi sebagai bahan penapis, buah pinggang memastikan bahan yang tidak diperlukan tubuh dikeluarkan dalam bentuk air kencing.
Bagaimana buah pinggang bekerja?
Kedua-dua buah pinggang terletak atas sedikit daripada pinggang di belakang rongga abdomen. Arteri renal membawa darah daripada jantung ke buah pinggang. Satu tiub disebut ureter mengalirkan darah daripada setiap buah pinggang ke pundi-pundi. Setiap buah pinggang mengandungi lebih sejuta struktur berbentuk bola kecil dinamakan glomeruli. Glomeruli terletak di cortex atau bahagian luar buah pinggang. Fungsinya ialah menapis cecair mengandungi glukos, asid amino, garam dan bahan kotoran daripada darah.

Buah pinggang berupaya melakukan proses ini kerana darah daripada arteri renal memasuki buah pinggang dengan tekanan yang kuat. Tekanan ini memaksa cecair tadi ke medulla melalui beberapa tiub kecil. Tiub ini dikelilingi oleh saluran darah yang meresapkan zat dan air yang diperlukan tubuh. Darah yang ditapis tadi kemudian ke luar daripada buah pinggang melalui saluran renal dan membuat pusingan semula. Cecair yang ditapis ini mengandungi bahan kotoran yang terkumpul di dalam pundi-pundi kencing. Air kencing keluar daripada tubuh melalui satu lagi saluran yang dinamakan urethra. Kesemua sistem daripada buah pinggang ke urethra dikenali sebagai sistem buah pinggang.

Selain membersihkan darah, buah pinggang mengawal kandungan air dan garam yang terdapat di dalamnya. Umpamanya jika anda minum banyak air dengan cepat, air terus memasuki saluran darah dan mempunyai kesan mencairkan darah. Apabila darah yang cair ini memasuki buah pinggang, air yang berlebihan dikeluarkan secara automatik sebagai air kencing. Sama juga jika anda banyak berpeluh, tubuh kekurangan air dan air kencing berwarna pekat sehinggalah buah pinggang mengumpul jumlah air yang cukup.

Sistem buah pinggang yang sihat tidak mengandungi organisme mikro tan air kencing yang melaluinya telah dengan sendirinya disteril. Bagaimanapun, sistem ini boleh mendapat jangkitan jika bakteria di luar tubuh memasuki urethra dan sampai ke pundi-pundi kencing. Bakteria ini boleh merebak dan mungkin berjangkit pada buah pinggang, menyebabkan keradangan yang dinamakan pyelonephritis. Ini biasanya berlaku apabila aliran biasa air kencing tersekat. Bakteria terus membiak di dalam air kencing yang terkumpul.

Adakalanya perkara ini terjadi tanpa diketahui sebabnya. Orang yang sihat pun boleh mendapatnya. Wanita lebih mudah mendapat jangkitan kerana urethranya pendek menyebabkan Bakteria mudah memasuki buah pinggang. Kebanyakan kita membuang air kecil empat atau enam kali sehari. Jika lebih daripada itu, ini mungkin disebabkan oleh rasa cemas, jangkitan, atau berpunca daripada penyakit. Buat pemeriksaan doktor jika anda menghadapi masalah ini. Anda juga patut membuat pemeriksaan jika pengeluaran air kencing anda berkurangan. Ini mungkin disebabkan kekurangan air - dehidrasi (umpamanya selepas muntah-muntah atau cirit-birit) tetapi ini juga mungkin menjadi tanda akan kerosakan buah pinggang atau tersumbat.

BATU KARANG

Air kencing kita mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan 'batu'. Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan dan adakalanya dinamakan renal colic - sakit teruk di sekeliling buah pinggang hhingga ke bahagian kelengkang. Sesetengah orang yang mengalami batu karang tidak merasakan apa-apa tanda, ada pula terlalu sakit dan keradangan. Ubat melegakan sakit atau pembedahan diperlukan untuk membantu pesakit. Batu ini juga dipecahkan dengan rawatan ultrasound tanpa memerlukan pembedahan.

MENINGKAT TUA
Semakin seseorang meningkat tua, jumlah unit penapis di dalam buah pinggang berkurangan. Jika buah pinggang turut rosak kerana penyakit, penapis yang ada menjadi kurang berkesan dan bahan kotoran mungkin terkumpul di dalam darah. Kita juga harus ingat faktor-faktor utama yang menyebabkan penyempitan saluran darah di jantung turut menjejaskan buah pinggang. Mereka yang mengalami tekanan darah tinggi atau kencing manis lebih mudah mendapat masalah buah pinggang.

DIALISIS BUAH PINGGANG

Jika buah pinggang rosak teruk dan tidak boleh berfungsi walaupun mengikuti diet khusus, dialisis diperlukan, sama ada terus-menerus atau sehingga penderma buah pinggang ditemui.

Satu buah pinggang boleh berfungsi untuk dua tetapi jika kedua-duanya tidak lagi berfungsi, seseorang memerlukan pemindahan buah pinggang atau cara lain untuk menapis darah. Teknologi perubatan mencipta proses dinamakan dialisis yang menapis darah melalui mesin buah pinggang tiruan apabila kedua-dua buah pmggang tidak boleh berfungsi lagi. Pesakit yang mendapat rawatan dialisis dapat meneruskan hidup tetapi aktiviti hidup mereka semakin terbatas. Rawatan ini mahal, memerlukan banyak masa terluang dan tidak semua pesakit boleh menerimanya. Masalah sering dihadapi ialah anaemia teruk dan pengambilan cecair berlebihan harus disekat.

PEMINDAHAN BUAH PINGGANG

Secara teori, pemindahan buah pinggang nampak begitu mudah dengan mengeluarkan buah pinggang lama dan menggantikan dengan yang baru dan pesakit dapat menikmati kehidupan normal. Namun jika tubuh pesakit tidak dapat menerima buah pinggang baru, masalah akan timbul. Ini diatasi dengan mencari pesakit dan penderma yang mempunyai kaitan dan ubat diperlukan untuk mengurangkan tindakan balas yang dihadapi tubuh penerima.

BUAH PINGGANG GAGAL BERFUNGSI

Buah pinggang gagal berfungsi apabila ia rosak teruk oleh penyakit kronik dan tidak lagi boleh menapis bahan tidak diperlukan. Buah pinggang termasuk dalam kumpulan 'organ utama' (seperti jantung, otak dan paru-paru).

Buah pinggang boleh rosak kerana beberapa penyakit. Antaranya ialah - :

1. Keturunan

2. Jangkitan

3. Kerosakan disebabkan penyakit seperti darah tinggi

4. Diabetes mellitus

5. Rosak kerana terlalu banyak mengambil ubat atau beberapa sebab yang tidak diketahui.

Penyakit buah pinggang sukar difahami. Ia menyerang orang dewasa dan kanak-kanak sama ada orang itu sihat atau tidak atau bagaimana corak hidup seseorang.

KEGAGALAN BUAH PINGGANG KRONIK

Apabila seseorang menghidap penyakit buah pinggang yang kronik, ia akan sakit teruk selama beberapa bulan dan mengalami anaemia. Buah pinggang terus mengeluarkan air kencing namun gagal mengeluarkan bahan kotoran atau menyerap bahan yang berguna. Kegagalan buah pinggang kronik disebabkan beberapa penyakit seperti jangkitan kronik, diabetes atau pengambilan dadah berlebihan.

TANDA-TANDA KRONIK

Pesakit biasanya lemah, sering demam, sering kencing lebih-lebih lagi waktu malam. Jika dibiarkan tanpa rawatan, pesakit akan kehilangan berat badan, luka, gatal-gatal dan sedu. Kulit nampak kekuningan dan garis-garis warna coklat dilihat di kuku tangan.

RAWATAN

Puncanya mesti dikenal pasti dan dirawat. Batu karang boleh dikeluarkan melalui pembedahan dan jangkitan kuman dirawat dengan ubat-ubatan. Jika kedua-duanya gagal, pesakit diberikan pemakanan tinggi karbohidrat dan rendah protein. Dialisis atau pemindahan buah pinggang diperlukan jika pesakti bertambah teruk.

Adakah pesakit bergantung pada mesin dialisis sepanjang hayatnya?

Rawatan dialisis diberikan selama tiga hingga empat jam tiga kali seminggu. Selain waktu tersebut, pesakit bebas aktif seperti orang lain.
Adakah pesakit yang menerima dialisis boleh bekerja?
Dengan rawatan dialisis, pesakit buah pinggang dapat hidup secara normal. Mereka boleh bekerja asalkan tidak melakukan kerja-kerja berat seperti kerja buruh. Pesakit ini juga patut meneruskan persekolahan dan boleh mengambil bahagian dalam sukan atau aktiviti rekreasi.
Apakah kesan dialisis ke atas kehidupan pesakit?
Kegagalan fungsi buah pinggang tidak bermakna berakhirnya kehidupan. Pesakit perlu mengikuti pemakanan khusus dan mengambil ubat-ubatan yang membantu dalam rawatan.

Adakah kegagalan buah pinggang jarang berlaku?

Setiap tahun kira-kira 1,890 orang dikesan menghidap penyakit buah pinggang dan akan mati tanpa rawatan yang betul. Kebanyakan pesakit berusia antara 15 hingga 55 tahun. Setiap tahun jumlah pesakit yang menerima rawatan penyakit buah pinggang semakin bertambah.

Bagaimana mengetahui sama ada anda mengidap penyakit buah pinggang?
Bagi sesetengah penyakit buah pinggang, terdapat tanda-tanda yang boleh dikenali. Umpamanya, terdapat darah dalam air kencing, bengkak sekeliling mata serta buku lali dan sering bangun kencing waktu malam. Tanda-tanda seperti ini memerlukan rawatan. Bagaimanapun banyak kes penyakit buah pinggang berlaku dalam diam dan tidak menampakkan sebarang tanda. Ia dikesan melalui pemeriksaan air kencing yang nampak tidak normal atau tekanan darah tinggi.