Saturday, April 3, 2010

Minum Banyak Air Baik Untuk Buah Pinggang


Oleh : NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

PENINGKATAN jumlah pesakit mengalami masalah kegagalan buah pinggang bukan memeranjatkan, walaupun angkanya kian membimbangkan.

Walaupun berkali-kali diadakan pelbagai kempen menyayangi buah pinggang, masih ramai tidak mengendahkannya.

Kebanyakan masalah buah pinggang dikesan terlalu lewat, iaitu apabila kerosakan sampai ke tahap serius. Ini menyebabkan ramai pesakit terpaksa bergantung kepada mesin dialisis untuk membersihkan darah bagi membolehkan mereka meneruskan hidup.

Masalah kegagalan buah pinggang boleh dielakkan melalui amalan gaya hidup sihat dengan bersenam dan penjagaan makanan. Namun bagi kebanyakan orang, dua faktor ini payah dilakukan, walaupun ramai sedar ia asas utama kesihatan dan boleh mengelakkan pelbagai penyakit kronik.

Kurang kesedaran menjaga kesihatan buah pinggang juga menyebabkan kita selalu mengabaikan gejala awal dan menganggapnya sebagai perkara biasa akibat peningkatan umur. Jika tidak dirawat awal, penyakit ini akan menyebabkan kegagalan buah pinggang dan kematian.

Menurut perunding nefrologi, Dr Tan Wee Ming, masalah paling utama ialah tanggapan salah mengenai simptom yang ditunjukkan dan menganggap ia akan hilang selepas tempoh tertentu. Sebenarnya simptom ini adalah cara badan memberitahu kita ada organ mula mengalami masalah.

Antara simptom yang perlu diperhatikan ialah:

Bengkak pada muka khususnya keliling mata, pergelangan tangan, abdomen, paha dan buku lali.
 
1. Air kencing berbuih.
 
2. Air kencing bercampur darah.
 
3. Air kencing berubah warna menjadi pekat dan gelap.  
 
4. Jumlah air kencing berkurang.
 
5. Mengalami masalah dan berasa sakit serta pedih ketika buang air kencing.
 
6. Tabiat buang air kecil berubah dan lebih kerap pada waktu malam.
 
7. Belakang badan (di bahagian tengah, terutama di bawah tulang rusuk iaitu kedudukan buah pinggang).
 
8. Tekanan darah tinggi.

Dr Tan berkata, jika mengalami mana-nama gejala di atas, ini bermakna tiba masa anda mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan beberapa ujian sebelum masalah sebenar diketahui.

“Masalah buah pinggang yang tidak dapat berfungsi dengan baik boleh berlaku sesekali atau bersifat sementara. Jika ia disebabkan kecederaan atau jangkitan, buah pinggang akan kembali berfungsi secara normal selepas sembuh.

“Bagaimanapun dalam sesetengah kes, ia mungkin memerlukan rawatan lanjutan seperti pembedahan. Bagi masalah buah pinggang kekal seperti dialami pesakit kencing manis dan tekanan darah tinggi, mereka mungkin perlu menjalani dialisis sepanjang hayat,” katanya.

Apabila hidup bergantung kepada mesin dialisis, pesakit perlu banyak berkorban dan mesti bersedia membuat perubahan pemakanan. Dialisis bukan penawar dan ia tidak akan memperbaiki buah pinggang yang rosak.

Ia adalah sistem sokongan yang membolehkan pesakit meneruskan kehidupan. Justeru, tabiat pemakanan perlu diubah supaya fungsi buah pinggang (walaupun sedikit) dapat dikekalkan. Ketika ini buah pinggang memerlukan jumlah cecair, protein, garam, fosforus dan potassium secukupnya.

Masalah buah pinggang boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu :
 
1. Batu Karang — berlaku akibat penghasilan hablur dalam buah pinggang. Ia boleh disebabkan kurang cecair dalam badan, terutama air. Ini sebabnya kita perlu minum sekurang-kurangnya satu liter air sehari untuk mengelak pembentukan hablur atau batu karang. Kadangkala pesakit berasa sakit ketika kencing kerana hablur keluar bersama air kencing.
 
2. Penyakit Polisistik Ginjal — ini adalah keadaan apabila berlaku pembentukan kaviti atau sista dalam buah pinggang. Sesetengah sista tidak menyebabkan masalah kegagalan buah pinggang, tetapi ia boleh membesar hingga menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi. Ada kalanya masalah ini tidak mempunyai simptom, tetapi ada juga pesakit mengalami pendarahan dalam kencing.
 
3. Pyelonephritis — ia merujuk kepada jangkitan buah pinggang disebabkan bakteria atau virus. Jenis paling biasa akan menyebabkan saluran air kencing tersekat. Sekatan ini boleh berlaku pada tiub ureter (tiub yang menyambungkan buah pinggang dengan pundi kencing) atau saluran keluar dari pundi kencing.

Sesetengah kes sekatan berpunca daripada batu, bengkak atau parut pada ureter, jangkitan kronik atau ketumbuhan.
 
1. Refluks Buah Pinggang — ia bermakna air kencing mengalir balik ke pundi kencing melalui ureter dan memasuki buah pinggang. Masalah ini tiada simptom atau gejala tertentu. Jika ada jangkitan, refluks juga boleh menyebabkan jangkitan pada buah pinggang yang menyebabkan sakit belakang.

Bagaimanapun, refluks atau aliran songsang air kencing tiada kaitan dengan masalah tidak berdaya menahan kencing, kecuali jika pesakit turut mengalami jangkitan salur kencing, dilahirkan dengan saluran buah pinggang tidak normal (kongenital) atau ada gangguan fungsi pundi kencing.
 
2. Mesangial Proliferative Glomerulonephritis — simptom penyakit ini kadangkala disalah anggap dengan masalah kesihatan lain seperti tekanan darah tinggi, bengkak dan anemia. Ia juga sering dikesan pada peringkat lewat kerana kebanyakan pesakit hanya datang menjalani pemeriksaan apabila keadaan menjadi serius.

Justeru, Dr Tan menyarankan setiap individu menjalani pemeriksaan urin dan tekanan darah tinggi sekurang-kurangnya sekali setiap tahun.
 
1. Hemangioma — ini adalah ketumbuhan paling biasa dijumpai pada kulit yang juga dipanggil tanda lahir. Bagaimanapun, ia juga boleh berlaku pada organ dan tisu lain. Jika berlaku pada buah pinggang, ia boleh menyebabkan hematuria (air kencing berdarah).
 
2. Diabetes Insipidus — simptom penyakit ini sama dengan diebetes mellitus. Gejala paling utama dan ketara ialah kekerapan kencing disebabkan kekurangan hormon anti diuretik (ADH) yang mengawal fungsi buah pinggang untuk menahan air kencing, terutama ketika dehidrasi.

Ia juga boleh disebabkan kegagalan buah pinggang sebagai tindak balas terhadap hormon ADH. Ia juga mungkin berlaku pada individu yang dilahirkan tanpa penerima biokimia badan dalam buah pinggang untuk memberi tindak balas terhadap hormon. Walaupun bunyinya kompleks, jangan risau kerana masalah ini boleh dirawat.

“Sebelum mengalami masalah, lebih baik kita mengambil langkah pencegahan dengan mengawal pemakanan. Diet seimbang memainkan fungsi penting untuk mengelak dan merawat masalah buah pinggang. Jangan lupa minum banyak air supaya buah pinggang boleh berfungsi dengan sempurna,” katanya. 
 
 

KIDNEYS AND BLADDER PROBLEMS / STONES


People who do not drink enough water can easily develop bladder and kidney disorders due to the heavy concentration of urine that is passed.

Bladder


It almost seems like a paradox. The bladder aids in the passing of fluid from our body. Yet, to remain healthy, it needs water. The urinary bladder is a hollow organ made up of elastic muscle fibers, which allow it to expand without damage. Ordinarily, the bladder has the capacity to hold up to 750ml of fluid. According to the amount of fluid collected, pressure is exerted on the walls of the bladder and, as it mounts, this triggers the feeling of needing to pass water, or urinate. A bladder infection (or urinary tract infections, UTI), caused by bacteria getting into the urine, creates the same urge, but often the patient is able to produce only a few drops of water while suffering pain and discomfort. This discomfort is avoidable. Drinking the recommended 6-8 glasses of water a day will keep the bladder active and bacteria-free. Also, avoiding coffee, tea, carbonated beverages and alcohol can help, as they irritate the bladder and cause a slight amount of bleeding to occur. When bleeding occurs, bacteria may enter the blood vessels.

If a UTI is left untreated or undetected, it can turn into a kidney infection, as the bladders is connected to the two kidneys through ureters. Both can be treated with antibiotics, but as the infection passes to the kidney, lower back pain may develop as well, making a need for pain medication. This leads us to kidneys.

Kidneys/Kidney Stones
While they don’t sound as important as the heart and lungs, kidneys are very important to our health. The kidneys, along with the liver and or urinary tract rid our body of waste materials. If the kidneys were to stop operating for only two days, it would cause retention of metabolic toxins, and then uremia would set in. The accumulation of waste products, normally excreted in the urine, would cause metabolic poisoning.

Build-up of bacteria and proteins can cause crystals to form, which are known as kidney stones. These are very painful to pass. Some studies show that dehydration increases the chances of having kidney stones, and drinking plenty of water may very well prevent the formation of them. People living in the south eastern United States may have more kidney stones than people living elsewhere, and it is thought that the cause may be related to temperature and dehydration

Avoiding situations or controlling the other diseases that contribute to kidney disorders may sometimes prevent chronic kidney disease, where patients may have to rely on a kidney machine for survival. The earlier a person can alter factors that damage the kidneys, the better. Among the ways to help prevent chronic kidney disease are:
 
1. Maintaining blood pressure at less than 130/85 mm Hg
 
2. Maintain strict blood glucose control in people with
 
3. Maintain healthy levels of fats (lipids), such as cholesterol and triglycerides
 
4. Stop smoking or using other tobacco products

But perhaps one of the easiest and most effective ways is to avoid dehydration. Dehydration is not only a symptom, but also the cause of many aliments, especially kidney infections and other disorders that can lead to more serious matters. If someone is prone to kidney and urinary ailments, they will want to avoid dehydration at all costs. People will want to drink at least 48 ounces of water per day, and will want to promptly treat any illnesses that cause dehydration, such as diarrhea, vomiting, or fever. During hot weather and exercise, it is even more important to replenish fluids that may have been lost through water and even the occasional sports drink. Also, they will want to avoid caffeinated beverages, such as coffee and colas. They increase urine output and dehydrate the body faster, as do alcoholic beverages. 
 
 

MENGENAL GINJAL DAN PENYAKIT-PENYAKIT GINJAL


Apa Dia Ginjal ?


Ianya adalah sepasang organ kembar terletak sebelah menyebelah menyebelah tulang belakang bawah sedikit kepada rangka tulang rusuk. Ianya menjalankan fungsi terpenting seperti berikut :-

1. Membersihkan bahan dan cecair berlebihan dari dalam darah

2. Menapis darah, menyimpan setengah-setengah kompaun dan membuangkan yang lain.

3. Menolong memperbetulkan tekanan darah, menentukan bilangan sel darah dan kesihatan tulang-tulang.

Apakah Yang Akan Terjadi Apabila Ginjal Musnah ?

Badan tidak berupaya menolak keluar air secukupnya, garam dan lain-lain bahan. Jumlah air di dalam badan bertambah dan tisu-tisu membengkak (OEDEMA). Persebatian cecair dalam badan berubah dengan pesat sehingga menjadikan ia begitu abnormal dan kematian akan berlaku kecuali jika pengubatan secara ‘dialisis dijalankan’

Apakah Penyakit-Penyakit Ginjal ?

Penyakit ginjal tidak hanya satu jenis. Bahkan terdapat berbagai-bagai penyakit yang berbeza mengikut kompenan ginjal yang terlibat. Penyakit ginjal termasuk :-

1. Infeksi saluran kencing

2. Saluran kencing tersenkat, misalnya batu dalan ginjal, cysts dan lain-lain

3. Tekanan darah tinggi (hypertension)

4. Glomerulonephritis

5. Nephrosis

6. Lain-lain, misalnya kencing manis, kerosakan akibat kimia toksik tertentu seperti dadah dan lain-lain.

Tanda - Tanda Amaran Penyakit Ginjal


1. Kepedihan atau kesulitan semasa buang air kencing

2. Kerap membuang air kencing terutama pada waktu malam

3. Mengeluarkan kencing berdarah

4. Bengkak sekeliling mata, bengkak tangan dan kaki terutama di kalangan kanak-kanak

5. Kesakitan sebahagian belakang, sedikit ke bawah dari tulang rusuk (tidak disebabkan oleh gerakan)

6. Tekanan darah tinggi.

Jika terdapat tanda-tanda ini minta nasihat doktor anda. Setengah penyakit ginjal menyerang tanpa apa-apa tanda, oleh itu pastikan kencing anda diperiksa tiap-tiap tahun.

MENGENAI BATU KARANG (BUAH PINGGANG) DALAM GINJAL

Apa Dia Batu Karang Dalam Ginjal?


Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan "Buah Pinggang" terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia.

Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar.

Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan / atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera.

Adakah Batu Dalam Ginjal Penyakit Biasa ?


Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam saluran kencing. Adalah dianggarkan bahawa satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk akan mengalami kejadian batu dalam ginjal ini pada sesuatu ketika dalam hidupnya.

Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan tidak berulang lagi. Dalam kebanyakkan kes batu dalam ginjal adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Biasanya orang lelaki pertengahan umur lebih ramai yang mengidap penyakit ini dari kaum wanita.

Ada antara penyakit batu karang ini disebabkan oleh zuriat keturunan. Jika terdapat sejarah kejadian penyakit ini di kalangan anda, mintalah nasihat daripada doktor anda.

Apakah Tanda-Tandanya ?

Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat \akan dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar.

Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan yang segera.

Bagaimana Batu Dalam Ginjal Itu Diubati ?

Pengubatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan seseuatu kes itu. Jika batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka pengubatannya ialah dengan mengelakkannya dari berlaku lagi. Dalam hal ini pesakit akan disuruh minum air dengan banyak, sebanyak 3 liter sehari. Cara ini akan dapat membersihkan ginjal. Makanan pesakit juga akan diubahsuai bagi mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. Apabila batu itu keluar, pesakit hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian. Kajian ini perlu untuk para doktor bagi menentukan sebab musabab terjadinya batu tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan pengubatan bagi mengelakkan berulang lagi penyakit ini.

Pengubatan telah berjaya didapati untuk menghancurkan batu asid uric dan systine. Dalam kes-kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit, suatu pembedahan adalah perlu.

Adalah penting diingati bahawa penyakit ginjal ini memerlukan pengubatan sepanjang hayat. Jika ianya tersekat dan perebakan kuman berlaku, maka ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.

KENCING BERCAMPUR DENGAN DARAH

Kencing Berdarah

Sama ada sakit atau tidak

Sama ada kencing berdarah itu pekat atau tidak

Sama ada kencing berdarah itu berlaku sekejap-sekejap atau berterusan semasa kencing

Sama ada kencing berdarah itu mempunyai darah beku atau tidak

Sama ada kencing berdarah itu berlaku pertama kalinya ataupun sudah beberapa kali. Adalah penting perkara ini disiasat.

Jangan Biarkan Ianya Berulang, Barulah Hendak Berjumpa Doktor

Apakah Perkara Ini Serius ?

Ya, ada kemungkinan telah berlaku kerosakan serius didalam buah pinggang atau pundi-pundi kencing dan amatlah mustahak ujian-ujian dan pemeriksaan dilakukan secepat mungkin. Disebaliknya pula, ia mungkin satu jenis jangkitan yang hanya perlu dirawat dengan antibiotik sahaja.

Apakah Yang Doktor Anda Akan Lakukan ?

Mula-mula ia akan bertanya anda sama ada terdapat gejala-gejala seperti sakit atau susah semasa kencing. Selepas itu ia akan melakukan satu pemeriksaan fizikal yang sempurna. Satu contoh air kencing akan diperiksa dan ujian lanjut perlu diadakan berdasarkan perubahan-perubahan yang terdapat pada contoh air kencing itu.

Apa Yang Berlaku Selepas Ini ?

Sekiranya doktor anda berpendapat bahawa ujian-ujian tambahan perlu diadakan maka salah satu daripadanya adalah mengambil X-ray buah pinggang dan pundi-pundi kencing anda. Ujian ini dikenali sebagai Intravenous Pyelogram atau Urogram (IVP atau IVU). Sekiranya ia mengesyaki yang pendarahan berlaku dalam pundi-pundi kencing anda satu pemeriksaan Cystoscopy perlu diadakan. Ini dilakukan dengan menggunakan satu alat khas untuk melihat ke dalam pundi-pundi kencing, biasanya pesakit akan dibius menggunakan gas. Sekiranya doktor anda mengesyaki ada pendarahan berlaku dalam unit-unit penapisan microscopic buah pinggang, sedikit ‘tisu’ buah pinggang adalah perlu diambil dengan menggunakan jarum khas (kidney Biopsy) untuk menentukan diagnosa keadaan ini.

Sila Ambil Perhatian:

Sekiranya anda mengalami kencing berdarah, dapatkanlah nasihat doktor secepat mungkin dan ikutilah segala nasihat-nasihatnya.

INFEKSI SALURAN KENCING

Infeksi Saluran Kencing

Ini adalah satu masalah yang paling kerap dirawat oleh para doktor. Infeksi saluran kencing boleh digelar ‘infeksi’ pundi-pundi (cystitis”)jika bacteria terdapat di pundi-pundi atau infeksi ginjal (pyelonephritis) jika bacteria terdapat di ginjal (buah pinggang)

Tanda-Tanda Amaran Penyakit Infeksi Saluran Kencing

1. Kanak-kanak yang kencing di masa dalam tidur

2. Buang air kencing dengan kerap

3. Sakit dan rasa pedih ketika buang air kencing

4. Demam dan rasa seram sejuk

5. Sakit atau lenguh di belakang dibawah tulang rusuk

Apabila Ragu-Ragu Minta Nasihat Doktor

Fakta-Fakta Berkaitan Dengan Infeksi Saluran Kencing

Kanak-kanak perempuan lebih kerap mendapat infeksi saluran kencing- lebih kurang 80 kali ganda- dari kanak-kanak lelaki.

Kemungkinan seorang kanak-kanak lelaki yang mengidap infeksi saluran kencing mempunyai saluran kencing yang luar biasa (abnormal) adalah besar. Setengah dari kanak-kanak perempuan yang mengidap infeksi saluran air kencing juga mempunyai saluran kencing yang luar biasa (abnormal).

Kanak-kanak yang menunjukkan tanda-tanda infeksi saluran kencing mesti dibawa ke doktor untuk pemeriksaan selanjutnya. Kebanyakkan kerosakan ginjal akibat infeksi di masa kanak-kanak. Infeksi saluran kencing adalah salah satu sebab penting mengakibatkan kerosakan tetap ginjal bagi kanak-kanak. Walaubagaimanapun, infeksi saluran kencing bagi pesakit yang mempunyai saluran kencing yang biasa jarang sekali membawa kerosakan ginjal.


Pengubatan Infeksi Saluran Kencing

Ubat antibiotik selalunya diberi dengan berkesan. Ubat-ubat juga diberi untuk mengurangkan sakit dan kerap kencing. Kepada kebiasaannya doktor akan memeriksa anda sekali lagi untuk menentukan yang infeksi telah dirawat dengan sempurna. Pemeriksaan selanjutnya mungkin dikehendaki terutama bagi kanak-kanak dan apabila saluran kencing disyaki tidak normal.

TEKANAN DARAH TINGGI DAN (BUAH PINGGANG) GINJAL ANDA


Tekanan Darah Tinggi Dan Ginjal Anda

Tekanan darah tinggi atau ‘Hypertension’ menyerang 10-20% penduduk. Sesiapa pun boleh mendapat tekanan darah tinggi akan tetapi fakta risiko yang tinggi ialah berat badan berlebihan, keturunan, merokok, ketegangan hidup (stress) dan juga umur melebihi 50 tahun. Tekanan darah tinggi dan ginjal juga mempunyai hubungan yang arkab kerana tekanan darah tinggi boleh menyebabkan masalah ginjal dan masalah ginjal boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.

Banyak penyakit-penyakit lain misalnya kencing manis juga menyebabkan tekanan darah tinggi. Bagaimanapun, dalam 90% kes, tidak ada sebab dikenal pasti dan orang-orang ini dikira mempunyai tekanan darah tinggi tanpa sebab ("Primary" atau "Essential" Hypertension).

Apakah Tanda-Tanda Tekanan Darah Tinggi ?

Tekanan darah tinggi ialah penyakit tersembunyi. Biasanya tidak terdapat tanda-tanda. Jarang-jarang, setengah dari mereka yang mengidapnya merungut mengenai sakit kepala, hidung berdarah atau sesak nafas. Hanya satu cara untuk ada mengetahui samada tekanan darah anda melebihi ialah dengan mendapatkan doktor memeriksa tekanan darah anda

Kenapakan Tekanan Darah Tinggi Begitu Bahaya ?

Jika tekanan darah tinggi dibiarkan tanpa dikawal, ianya boleh merosakkan organ-organ penting seperti jantung, otak dan ginjal. Ia menyerang jantung dengan menyebabkan sakit jantung dan lemah jantung. Tekanan darah tinggi adalah sebab utama membawa kepada penyakit lumpuh sebelah badan atau ‘stroke’.

Syarikat-syarikat insuran telah membuat penyelidikan mengenai hubungan tekanan darah tinggi dan jangka usia. Penyelidikan mereka menunjukkan bahawa tekanan darah tinggi juga boleh memendekkan umur anda beberapa tahun.

Apakah Kesan Yang Diberikan Oleh ‘Hypertension’ Terhadap Ginjal ?

Tekanan darah tinggi di dalam saluran darah dalam ginjal menyebabkan ianya mengental dan keras. Ini mengurangkan bekalan darah kepada ginjal, mengakibatkan kekurangan kecekapannya. Ini akan membawa kepada keadaan dimana garam dan cecair berlebihan di dalam badan. Cecair berlebihan ini menjadikan satu beban kepada jantung.

Jika tekanan darah tinggi tidak dikawal dengan pengubatan, kerosakan dan akhirnya kemusnahan ginjal akan berlaku

Apakah Yang Dapat Saya Buat Mengenai Tekanan Darah Tinggi ?

Mula-mula, minta doktor memeriksa tekanan darah anda. Sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi, doktor anda akan memberikan jenis ubat yang sewajarnya. Kadang-kadang beberapa jenis ubat diperlukan bagi mengawal tekanan darah anda. Adalah sangat penting bagi anda memakan ubat sepertimana yang disuruh. Dalam banyak kes anda dikehendaki memakan ubat sepanjang hayat.

Apakah Doktor Akan Menyuruh Saya Membuat Yang Lain-Lain Lagi ?

Mungkin anda terpaksa menerima perubahan di dalam cara hidup anda. Doktor mungkin mencadangkan supaya anda mengurangkan berat badan, kurangkan memakan garam, kurangkan ketegangan, berhenti merokok dan bersenam selalu.

Anda Dan Doktor Anda Perlu Bekerjasama Untuk Mengawal Tekanan Darah Anda ?

Ingat : kebanyakan jenis tekanan darah tinggi boleh diubati dengan jayanya. Pengesahan awal dan patuh kepada pengubatan jangka panjang adalah kunci kepada hidup sihat dan panjang umur dengan mengelakkan kemusnahan ginjal, lemah jantung dan ‘stroke’.

ENAM TANDA-TANDA AWAL SAKIT BUAH PINGGANG

1. Sakit atau susah bila kencing

2. Kencing lebih kerap terutama di sebelah malam

3. Kencing yang bercampur dengan darah

4. Bengkak di sekeliling kedua-dua mata, tangan dan kaki terutama bila berlaku pada kanak-kanak

5. Sakit disebelah buah pinggang (tiada kaitan dengan buah pinggang)

6. Tekanan darah tinggi

DIET RENDAH PROTEIN PESAKIT BUAH PINGGANG